Wednesday, November 11, 2009

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang AURA

Salam kepada semua yang ingin mengetahui perkara-perkara penting tentang aura, dibawah adalah maklumat berkenaan. Moga dengan sedikit maklumat ini dapat memberi jawapan kepada persoalan anda tentang aura. 



 
  • Aura adalah medan arus elektromagnet yang berbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. 
  • Getaran gelombang ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal.
  • Aura juga bertindak sebagai dinding atau perisai halus yang melindungi subjek fizik yang berada di dalamnya. Ianya seperti fungsi lapisan ozon pada bumi.
  • Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku.
  • Faktor tekanan hidup atau stres adalah salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
  • Aura tidak berhasil dengan sendirinya, tetapi merupakan urutan atau biasan tahap tenaga dari sumber tubuh objek fizik yang mengalirkan tenaga itu
  • Aura juga wujud pada hampir kesemua objek yang mengalirkan tenaga seperti tumbuhan, haiwan, air dan batu-batuan kristal.
  • Terdapat 7 lapisan aura pada sekeliling tubuh fizik manusia. Sebahagian lapisan mengikuti bentuk tubuh manakala selebihnya berbentuk bujur telur. 


p/s : Maklumat ini boleh di ambil / 'copy & paste'. Apa yang diharapkan hanya jangan lupa meletakkan 'LINK' artikel ini ke laman blog anda. Ini adalah untuk menjaga etika blogger.
 
Terima kasih

Master Lutfi - b/p : Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment