Tuesday, November 10, 2009

Aura Bocor?

Aura Bocor - Pernahkah anda mendengar istilah ini? Saya yakin masih ramai yang belum benar-benar mengetahui istilah dan kondisi sebenar yang dikatakan sebagai Aura Bocor.


Aura juga dikenali sebagai medan elektromagnetik yang mana terdiri daripada partikel-partikel elektron dan proton. Ianya terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar dan ianya merupakan medan tenaga yang berada di sekeliling tubuh yang bertindak sebagai perisai halus umpama lapisan ozon yang menyeliputi bumi.


Di dalam kaedah rawatan bio-energi terdapat pelbagai kaedah untuk mengesan kebocoran ini. Salah satu teknik yang popular adalah melalui kaedah ‘palm scanning’ yang hanya dapat dipelajari melalui kursus rawatan bio-energi ATAUpun melalui imbasan ‘Aura Bio Sensor’ yang terdapat di pusat rawatan kami.







Melalui imbasan Aura Bio Sensor, seseorang itu dapat melihat dengan jelas di mana aura yang bocor. Kebocoran dinding aura walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar ataupun dirasa dengan kulit, ianya tetap mengundang implikasi secara perlahan-lahan sama ada secara fizikal ataupun psikologi.


Bukan itu sahaja, saiz ketebalan aura juga turut memainkan peranan. Jika saiz aura kecil, sudah tentu seseorang itu menderitai masalah dari keempat-empat aspek iaitu spiritual, emosi, minda dan fizikal. Kami di IQBC mempunyai rekod kes aura kecil yang banyak. Kesemuanya menunjukkan simptom yang sama, iaitu kronik!


Isu kebocoran medan tenaga ini masih lagi dianggap enteng atau hal kecil oleh kebanyakan mereka di bandar mahupun di pendalaman. Ini kerana kesedaran / maklumat dari sudut kesihatan / saintifik tentang perkara ini masih lagi kurang mendapat liputan, yang popular hanya perkataan “AURA” itu sahaja, lalu ianya dikomersialkan untuk melariskan produk.


Kebocoran aura boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor dalaman dan faktor luaran. Pendedahan EMR (electro magnetic radiation), faktor persekitaran yang tercemar dari segi udara dan pemakanan, gaya hidup yang kurang sihat, masalah kegagalan mengurus emosi, fikiran yang terganggu, pengambilan ubat-ubatan secara salah serta tinggal berhampiran dengan kawasan jana kuasa tenaga elektrik adalah antara-antara faktor yang berpotensi untuk menghakis lalu membocorkan lapisan-lapisan aura diri.




Ramai yang tidak sedar bahawa pendedahan terlalu lama kepada peralatan-peralatan eletronik turut menyumbang kepada kebocoran Aura berlaku dalam skala yang agak besar.




Kebocoran aura boleh menjadi serius jika tidak dirawat kerana ianya akan menyebabkan kerosakan pada medan tenaga itu sendiri. Kerosakan pada medan tenaga akan mendatangkan pelbagai masalah yang mana ianya akan menjadi titik tolak kepada pelbagai jenis penyakit / masalah psikologi.


Malas, sakit / lenguh bahu, mudah marah, hilang daya tumpuan adalah antara sebahagian petanda kecil kebocoran aura. Amat malang kerana kini kita dapat melihat kanak-kanak ramai yang telah terdedah dengan radiasi EMR, kesan dari penggunaan telefon bimbit milik ibu bapa.





Di atas adalah gambar sebiji telur yang diapit kiri kanannya dengan telefon bimbit yang aktif serta radio pemain cd. Ketiga-tiganya adalah peralatan eletronik.



Di atas pula adalah HASILnya setelah dibiarkan beberapa minit. Telur itu telah menjadi seperti TELUR REBUSAN yang sedap dimakan bersama kicap. Hah !!! Apakah pula kesannya pada sistem bio-energi manusia?? Sudah tentu akan berlaku perubahan pada peringkat sel. Sel-sel ini akan mengalami mutasi dan akan menjadi sel kanser atau barah.

Di bawah adalah contoh aura yang mengalami kebocoran. Walaupun saiz auranya besar, tidak bererti ianya tidak mengalami kebocoran.


Bulatan-bulatan merah adalah contoh kebocoran lapisan aura.


 
Kanan - Aura yang sihat, Kiri - Aura yang mengalami masalah

Antara-antara solusi kepada masalah kebocoran ini adalah dengan menggunakan minyak S7 Magical Oil untuk penggunaan luaran (sapu atau mandi) & E-Booster untuk penggunaan dalaman (kemam bawah lidah). Kedua-dua produk ini dirumus KHAS untuk memperbaiki serta menjana tahap kesihatan tenaga hayat (bio-energy) manusia.



S7 Magical Oil




E-Booster


Ataupun dengan mendapatkan rawatan terapi bio-energi secara berkala untuk mendapatkan hasil yang MEMUASKAN. Rawatan ini akan memberi tumpuan kepada pusat tenaga / bateri hayat manusia. Ini adalah kerana jika terdapat aura bocor, pasti terdapat hambatan tenaga (energy blockage) pada pusat tenaga.


 Contoh posisi dalam rawatan Reiki

Kombinasi rawatan dan penggunaan produk ini akan menghasilkan gandingan yang mantap dalam membaik pulih aura bocor atau aura malap lagi keruh.

Pusat rawatan kami dibuka dari jam 9 pagi - 6 petang, selasa - ahad. Kami menerima pelanggan secara 'walk in' dan juga melalui temujanji.




No comments:

Post a Comment